Seafood antara musuh utama RESDUNG
2). Elakkan dan hindari dari berada pada tempat atau kawasan yang akan mencetuskan tindak balas keradangan seperti berada di tempat yang berhabuk. Memastikan kawasan kediaman bebas daripada objek yang boleh memerangkap habuk seperti karpet, kusyen dan sebagainya ataupun sentiasa memastikan kebersihan dengan kerap memvakum kawasan kediaman.
Penggunaan vakum membantu mengurangkan habuk
3). Alas sujud disediakan sewaktu solat samada di rumah ataupun masjid. Alas pula selalu dibersihkan dengan membasuh untuk menghilangkan habuk melekat kepadanya. Iyelah, kalau kat masjid tu, kadang2, dah divakum, tapi orang yang menggunakan masjid datang dari pelbagai tempat dan ada yang bawa bersama habuk2 dan seumpamanya. Jadi elok beringat sebelum masuk rakaat ke dua. :)
Bahagian sujud diletakkan alas
4). Menggunakan belut juga pernah dilakukan dalam usaha menghilangkan gejala resdung seperti kesukaran bernafas, lelah dan seumpamanya. Apa yang kita mahukan adalah enzim daripada lendir belut yang dipercayai secara turun-temurun merawat dari dalam punca permasalahan. Caranya sangat mudah. Dapatkan belut dan sediakan sekeping roti spt Gardenia. Letakkan roti pada tapak tangan dan lurutkan pada badan belut tersebut. Untuk menghilangkan bau hanyir, sapukan juga kaya atau mentega kacang pada roti. Tak kira la korang nak lipat atau nak lapiskan satu keping roti lagi.
Belut sebagai petua ikhtiar pernafasan
5). Selain menggunakan roti, boleh juga dilumurkan beras pada badan belut, kemudian beras dimasak seperti biasa. Yang kita nak enzim lendir belut melekat pada carrier atau pembawa dan masuk melalui pemakanan. Ini adalah antara petua yang pernah dilakukan oleh orang tua kita dahulu kerana kaedah rawatan yang diaplikasi adalah dengan menggunakan apa sahaja yang ada pada ketika itu dan apabila ia berkesan dan memberi kesan kepada si pemakan, ia diperturunkan sehingga sekarang.
Beras di masak seperti biasa
6). Petua lain untuk mengurangkan masalah pernafasan menggunakan cara ini. Satu sudu madu dan juga 1 hingga 2 titis getah betik muda. Betul, getah betik tu. Cucuk buah betik dan ambil titisan getah tu kemudian, minum terus. Namun selepas itu anda akan mengalami batuk-batuk yang kuat sepanjang malam. Batuk itu sendiri akan menyingkirkan gelema atau bendalir yang menyebabkan sempitan pada saluran trachea / pernafasan. Jadi kebiasaannya, esok saluran pernafasan akan jadi lebih lapang dan segar. Jangan diberi cuba pada anak-anak kecik dah ye. Ni petua orang dulu2.
Cucuk guna lidi satay untuk keluarkan getah buah
7). Wapkan muka. Ini ada lagi satu cara yang korang boleh buat untuk membantu melancarkan pernafasan disebabkan resdung hanya dari rumah ja tau. Caranya 1 liter air diletakkan dalam periuk. Masak air hingga mendidih. Kemudian letakkan setitis hingga 3 titis minyak habbatus sauda. Tutup api dan hidulah wap yang terhasil. Ada yang menggunakan tuala dan ditelangkupkan di atas kepala untuk mengelakkan wap pergi tempat lain. Selain daripada menggunakan habatus sauda, korang juga boleh dapatkan Menthol Crystal di farmasi berdekatan anda. Caranya sama macam kat atas gak.
Wapkan dan hidu
Guna Menthol Crystal
8). Nak yang lagi mudah tak akak nak beritahu? Makan je N4US Pro Resdung ni, semua di cover tau. kaedah2 di atas lebih kepada nak hilangkan alahan atau keradangan yang dihadapi. Jom tengok bagaimana Ayu melawan Resdung dengan mudah. Klik sini ya!
DISCLAIMER: Tulisan ini bukan untuk mengganti perkhidmatan profesional dalam bidang perubatan. Ia hanya pandangan dan pendapat peribadi akak, dan juga pengalaman hidup.









No comments:
Post a Comment